BYE WATSON 😭 - last part

Hello, since ramai yg baca blog aku, if ada masalah boleh tekan link ini kyraaa sbbnya ada yg malu nak comment dkt blog so gigihnya dia cari ig aku ☹️ aku punya ig tu private account and aku baca setelah 2 minggu. Rasa sgt bersalah sbb korang menunggu 😭 hopefully semoga misi mencari kerja tercapai yaa πŸ₯°



Okay skrg ni kita dekat part 4!!! Part yg terakhir guys. Kalau korang ketinggalan just klik link dibawah yaaa
✓ PART 1
Hmm dari last year korang menunggu cerita aku yaaaπŸ˜‚ terima kasih sebab sudi baca, sorry atas kekurangan yg ada. BTW, aku letih kerja sebenarnya sbb tu aku tak buat part 4 ni😭 bkn x buat, cuma lambat jee πŸ€ͺ (lambat byk πŸ™‚πŸ‘)

So far dah 5 bulan aku resign dari watson. Now aku kerja office. Tapi aku still serabut sebab byk paperwork laa, tender laa, nak kejar bahagian akaun la. Skop kerja sekarang byk sgt. Aku pulak tak biasa tapi sekarang alhamdulillah makin ok laa tapi take time berbulan jugak.. Nanti aku sharing² jgk apa yg aku dpt, inn shaa Allah πŸ₯°

Okay utk part 4 aku nak sharing pasal customer yang biadab πŸ˜­πŸ˜‚

Aku cerita ni supaya korang jgn laa buat kita org macam ni. Nak tegur ke apa cakap je baik². Bukan kita org je, semua org laa. Ye tahu customer always right. Tapi tlg laa fikir pakai otak jugak kalau ye pon πŸ˜ͺ

First pasal aku kena tengking dgn sorang mak cik ni. Aku tngh scan barang anak dia kt cashier. Then aku nampak dia bukak bungkusan. Tak jauh pon mak cik tu dari aku. Masatu mmg dah start virus corona ni. Aku cakap kuat sikit je sbb aku kan pakai mask. Aku kata, Acik... tak bole bukak cik.. kalau nak tengok bayar dulu.. lebih kurang camtu laa dialognya.. Weh kau tahu tak dia melenting. Dia kata biadab kau marah org tua, muka kerek, tak nak senyum (intonasi tengking).  Masa dia marah tu anak-anak dia semua tunduk malu. Nampak laa anak dia okay je. Mak nya kurang sikit. Aku pon tak tahu nak bagi reaction apa sbb memang dia takde niat nak beli pon brg tu. Dalam plastic tu isinya sudu garfu je. 

Panjang jugak laa dia tengking,aku chill je laa sbb aku tahu aku x salah. Aku tegur je. Dia rasa aku kurang ajar kot atau cara teguran aku kasar. Tapi dia kata aku tak senyum bagai tuu x bole trima. Aku pakai mask kot πŸ™‚πŸ˜‚


Cerita keduaaaa ~~~~
Yang ini pon msa awal pkp. Yang kena lockdown msa awal bln 3 tu. Customer indian ni cari jus kesihatan. At first dia tanya supervisor aku, dia kata kenapa harga sini mahal dari pharmacy lain. Lepastu supervisor aku cakap laa, kalau awak rasa sini mahal tak perlu laa awak beli. Lagi satu, semua store mesti la jual harga berbeza beza πŸ˜’ terserah pada pengguna.

Aku rsa pak cik tu sengaja cari pasal kot pstu supervisor aku masuk office. Aku kat cashier. Pak cik tu tanya aku mcm mna nk makan jus ni. Msatu dia mmg nak byr laa sbb ke kaunter cashier. Then aku just baca instructions je la. Then aku kata, maaf saya x tahu sgt. Ini apa yg instructions ni diberitahu laa. Ni brg pharmacy. Harini pharmacy cuti  so kalau  nak detail kena tanya dia. 

Pak cik tu mengamuk weh. Dia kata teruk laa watson ni, ambil pekerja semua tak bole pakai!!! Ingat ni pasar jual ikan ke ambil pekerja bodoh mcm ni. Masa dia jerit tu satu store dengar. Kuat gilaaaa!! Mujur xde org je 😭😭 

Lepas pak cik tu blaaa aku nangis 😭😭😭 aku nangis sbb terkejut kena tengking tapi tak tahu apa salah aku 🀣🀣🀣 msatu aku punya emosi tak stabil maybe sbb dtg bulan.. aku nangis smpai smua staff pujuk aku 🀣🀣 DAH LAA MASATU BULAN PUASA. Aku sorang je perempuan masa hari kejadian πŸ˜‚πŸ˜‚
 
Pstu supervisor aku dan lain tanya,  "Syakiii, period ke ? Asal nangis ni, lek laa". Diorang x nampak pon incident aku kena tengking sbb smua kt office. Tapi tu laa kantoi pulak aku x puasa. Diorang kata ok Syakii pegi laa makan 🀣🀣 emosi kau tak stabil tuuu. Aku rasa bagaikan bayi plk sbb diorang mcm kesiankan aku. Tapi malu doh aku mmg first day dtg bulan time tuuπŸ˜­πŸ˜‚

TAPI ESOKNYA DIORANG MENGANJING AKU! KATA AKU NANGIS BAGAI.. HAHAHAHAHA 🀣🀣🀣🀣🀣

LEPAS KENA TENGKING TU AKU GI MESIN ATM KELUARKAN DUIT. Aku rasa memang badluck aku kot, mesin tu ada problem.. tapi takde pulak org sebelum tuu inform. Elok je dia.. Time giliran aku tu duit aku x keluar. Dia tersangkut wehhh!! Bila check website Maybank duit aku dah tolak dah pon. Aku nangis buat kali kedua 😭 aku keluarkan amount yg agak byk laa dalam RM 200 x silap aku, sbb aku nak bagi duit utk parents aku😭😭

Hurm dengan bantuan manager aku, aku gi call Maybank buat report. Alhamdulillah orang Maybank okay je. Masalah selesai, alhamdulillah.. Ye laa msa pkp kan bank tutup tengah hari. Masa aku kluarkan duit dah petang. So direct call je.

Time balik keje plk hujan lebat. Msatu PKP roadblock sana sini. Aku balik pon nk dekat 8 malam cmtu la hurmmm πŸ˜”

Itulah kisah sedih saya 🀣

Cerita ketigaaaaaaa ~

Customer ni perempuan tua. Aku pernah serve dia sebelum ni. Mmg dia akan beli lipstick warna pink Maybelline. Kod apa aku tak ingat. Msatu customer pjg gila. Dia sampai je dekat cashier dengan tak nak cari lipstick dia kata, nahhh dik!! Cari lipstick code ni...

Aku angin jugak, customer belakang tu pjg gila queue dia πŸ˜’ takde common sense 😭 pergi laa cari sdri baru dtg cashier. So, aku pon lari cari lipstik nya. Mujur x lama cari. Aku jumpa juga code yg dia nak.

Lepas je byr dia kata, adik bukak kan lipstick ni.. nak pakai skrg..  Aku jwb maaf, customer belakang dh ramai. Acik bukak sdri. Tdi pon saya dh carikan lipstik acik.

Cam biasa laa, kena tengking lagiπŸ˜’ Dia kata aku biadab plk πŸ˜‚ bad service laaπŸ₯΄ pemalas laa.. msatu dah laa aku je cashier. Bukan customer yg dtg tu beli brg sikit. 

Erghhhh 🀣🀣🀣 stressssssss aku πŸ˜‚

So Itu je kot kesimpulannya πŸ˜‚
Actually tak kisah apa² kerja kau ceburi ada je baik buruknya.. 

Pengalaman tu sgt mahal tau even kau rasa "alaaa setakat keje retail je"...
Kalau nak keje glamour ² tuu ikut laa.. tapi nak dpt keje tetap tu susah. Berderet org apply.. Sementara nak jumpa keje yg sesuai tu keje je la apa² dlu dripada menanam anggur 😝

Aku nak dpt keje tetap pin susah.. ye laa ditambah pula aku fresh graduate yg xde pengalaman langsung, praktikal pon takde tu yg payah.. lagipun sebelum keje watson aku keje parkson, tapi contract je la.. tu laa keje je apa yg ada dulu tapi pada masa sama tu cari je keje tetap 😊

Kepada yang berminat keje retail bole teruskan utk cari pengalaman. 

Cuma yg aku x suka keje retail ialah shiftnya x menentu, susah dpt cuti, keje dia memenatkan, kena berdiri je ...

Kalau nak buat OT pon susah sbb x larat.. jdi susah sikit laa nak cari duit lebih. Kena makan supliment bila keje sbb body kena kuat. Gaji pon xde la byk so standard laa dgn gaji retail.. kalau nak masyuk kena OT atau keje msa public holiday. Nak byk lagi gaji kena naik pangkat tu je laa solution dia 😁

So itu sahaja dari aku, okay aku tahu korang rindukan cerita aku kan so aku ada review sikit psal camera iPhone 12 😍 sapa kaki selfie tuu bole baca 🀳 or yg berminat nak survey πŸ₯°

So ni aku punya YOUTUBE CHANNEL!! Bantu aku capai 1k subscriber. Aku ada buat content kerja Watson. Komen je kt YouTube aku, aku akan jawab cepat sbb aku aktif youtube skrg ni.. Instagram ikut nasib ahhahaha, klau x busy cpt je bls

Tak rugi sbb bole blja make up 😎😎

Link tiktok sayaaa , jemput follow - tiktokadmin



Btw tq korang sbb sudi bacaaa πŸ§‘πŸ’›πŸ’šπŸ’™



Comments

  1. Hi, awak. saya nk tanya kalau full time ada shift ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau full time tu kerja dri pagi sampai ke malam. Takde shift.. 2 kali rehat. First rehat sejam, second time rehat 30 min.

      Adakah saya menjawab persoalan awakπŸ€”

      Delete
  2. Hai.nk tnye gaji sebulan kerja kt watson berapa pastu supplement apa yg awk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau pangkat tinggi byk la gaji. Tapi range gaji x byk laa starting RM 1,200. Mmg standard retail pnya gaji.

      Psal suppliment tu saya mkn vitamin C supaya tak mudah demam or selesema. Ikut budget kadang redoxon, kadang brand 21st century. Kemudian amalkan minuman tmbhn brand shaklee.

      Delete
  3. Hai nak tanya gaji awak starting RM1200 tu untuk part time ke full time ya . Lepastu pernah tak dapat gaji kurang dari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, gaji basic RM 1200 tu pangkat paling bawah iaitu customer assistant (full time). Saya pnya gaji lebih sikit sbb pangkat saya senior customer assistant.

      Yang psal part time saya tak tahu berapa gajinya. Selama saya kerja, xde plk store watson yg pkai part time. Tak thu la store area lain hihi.

      Gaji kurang tu mmg tiap bulan kurang sbb kena tolak KWSP dan Socso 😁

      Delete
    2. Hi.. So basic gaji 1200 tu cmpur socso dgn kwsp lah ye? Tak asing ye gaji basic dan kwsp, socso?

      Delete
  4. Awak, time solat macam mana ya? Rehat 2 kali kan kalau full time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau shift pagi kita org rehat pukul 2 so lepas makan kita cepat² pergi solat. Then kul 5.30 balik.

      Kalau shift noon masuk 1.30 so kita org punch card dlu. Then trus amik air sembahyang cepat² and solat sbbnya kul 2 nanti bdk shift pagi nk rehat.

      Tapi depends jugak klau customer ramai kita org keje je dlu. Especially cashier x menang tgn nk scan brg sbb ada msa ramai customer beratur. Bila dh beransur kurang customernya cpt² gi solat. So x perlu risau. Lagi satu depends jugak la klau store manager ok, dia ok laa. Klau jenis x ok terpksa la ikut cara dia. Tapi bab solat ni mana bole halang ☺️

      Delete
  5. Hai sis nak tnye.saya part time watson baru sehari.watson tu plk jauh sikit dri rumah ...lpstu ttbe ada org lain pnggil sy utk kerja full time berdekatan kwsn rumah..mcmne ye ..saya buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fulltime pon di watson jugak ke kerja lain mksd awk?πŸ˜‚

      Delete
    2. Haaa tu laaa, saya pon nk tnya full-time tu keje apa? Watson jgk kee?? Contoh la klau awak tiba² hilang dari keje part time watson yg skrg awak dikira MIA (Missing In Action), nama awak akan blacklist utk keje retail. Contoh keje retail ialah Parkson, Aeon, Diy, Speedmart, Mcd, KFC, Guardian, dan lain². So awak fikirlah masak² yaa πŸ₯Ί

      Delete
  6. Lupa nak tanya, awak sempat tak merasa PKP total lockdown yg 1st tu? Still kerja penuh ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa saya merasa lockdown tu. Saya keje watson Jan 2020 sehingga 31 Aug 2020. Msa lockdown tu sebelum puasa kan πŸ˜‚ Msatu dlm kepala nk berhenti keje. Ye la semua panic gila x tahu covid ni macam mna. Mujur sgt x berhenti 😭 tapi awak jgn rsau time tu kan kerajaan ada hadkan bilangan pekerja dlm satu² msa. So mmg rotate laa kita org. Best sgt sbb keje 3-4 hari dalam seminggu 😁 gaji x tolak cuma xde OT.

      Delete
  7. Nak tanya, kalau walk-in interview kena ada resume sekali ker ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu sbb dia tak tengok pon. Nnt diberi form. Dekat form tu dia tnya nama, dulu blja sampai tahap apa cth spm ke diploma,degree, etc, keje terdahulu, cmtu je so HR akan tngok detail kita melalui form yg kita isi. Bawa la siap² gmbr berukuran passport sekeping yaa.

      Delete
  8. hi awak nak tanya saya dapat kerja dekat watsons start isnin ni untuk full time tapi saya rasa macam tak boleh nak bawa full time sebab saya masih study. boleh ke saya nak tukar ke part time? dan contoh kalau saya tak dapat nak tukar ke part time, hari kedua saya terus tak datang kerja nanti saya kena blacklist ke dengan semua retail?

    ReplyDelete
  9. hi awak nak tanya saya dapat kerja dekat watsons start isnin ni untuk full time tapi saya rasa macam tak boleh nak bawa full time sebab saya masih study. boleh ke saya nak tukar ke part time? dan contoh kalau saya tak dapat nak tukar ke part time, hari kedua saya terus tak datang kerja nanti saya kena blacklist ke dengan semua retail?

    ReplyDelete
  10. Hai, awak kan x dpt teruskan keje so bincang dgn manager awak. Cakap baik² yaa. Blacklist tu tak pasti laa. Kalau saya jdi awak pon saya dlm dilemma jugak hmm. So better bincang psal jdual keje awak. Klau manager setuju supaya awak buat part time so okay xde mslh.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saya lepasan diploma.Boleh ke saya mohon part time dekat watsons.Lepas tu saya memang takde pengalaman langsung? Kalau part time biasanya gaji berapa ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh jeee tak jdi masalah. Saya pon lepasan diploma. Syarat nak keje Watson kwajib ada sijil SPM tu shj. Kalau awk xde pengalaman x pe, ni laa peluang awak nak cari pengalaman 😊😊 fikir positive and good luck 😘😘


      Alaaa maaf sgt² watson jarang amik part time mmg saya x tahu berapa gaji boleh dpt 😭😭 area saya smua full time je. Tapi ada watson lain ambil part time tapi saya tak tahu area mana.

      Tips berikutnya "TANYA ADA KOSONG KE TAK?" Kalau situ mmg perlukan org trust me mmg bole dpt. Try walk in. So xde laa berharap. Tips membantu 😬

      Delete
  12. Hai saya kerja Watson baru sebulan..gaji selalu masuk berapa hb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, kenapa tak tanya staff sana πŸ˜‚ slalu 27 kan? Seingat saya 27. Tapi tak silap bulan pertama x dpt gaji. Bulan kedua baru dapat penuh sekali dgn bulan pertama.

      Delete
    2. Uishh so sekali dapat memang banyak eh

      Delete
  13. Hi awak, kiranya gaji tu 27hb bulan kedua baru dpt full eh? Ikat perut jugak eh? And btw apa beza baju hitam ,pink and hijau. Saya dpt keje dkt watson rbau dpn senior assistant. Plus kalau senipr full time dia 8-10? Cuti sehari je la kan?

    ReplyDelete
  14. A'ah bulan kdua dpt, tu la ikat perut jgk. Yes,k full time mmg 8-10. Tpi sy stay slngor 8.30-10.30 utk full time. Maybe sana waktu lain sikit. Maaf saya dh 8 bln resign so psal bju terbaru sy tak thu apa bezanya. Utk pakaian fully hitam tu beauty expert yg jaga bhgn product kecantikan πŸ˜‰

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hai awak, kita mulakan kerja watsons minggu depan. cuma nak tanya, kerja dia memang tak boleh duduk langsung ke? HR tu wasap kata kena pakai baju hitam, kalau baju hitam tu apa ya? kita dapat senior asisster dan cara kerjanya macam mana ek? boleh awak terangkan tak? kita ragu ragu lagi nak terima atau tak kerja ni sebab tu kita mintak masa baru kita mulakan kerja. awak rasa kerja watsons ok tak? dan terakhir, berapa gaji paling banyak awak boleh dapat? itu saja, TQ ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai maaf lambat reply, happy working. Ya tak boleh duduk tapi kalau tak tahan curi-curi la duduk sambil susun barang πŸ€­πŸ€­πŸ˜‚ baju hitam tu tak pasti laa tempat saya baju putih 😊 maybe rules dah berubah saya dah setahun tnggalkan watson hahaha.. btw keje retail ni penat tau😬 tapi tak sepenat keje supermarket tu. Tak kesah keje apa msti ada part kita tak suka, tpi awak happy2 je sbb kita nak keje lama bkn skjp. So far dah byk tmpt saya keje ada baik buruk dia 😊😊 gaji paling byk 3 ribu sbb tempat saya lepas stok take hahahaha πŸ˜‚

      Delete
    2. Kalau awak nak try cari pengalaman proceed. Kalau awak rasa berat sgt atau x suka cari kerja lain. Yg penting awak happy dgn keje awak 😊😊😊

      Delete
    3. Aaaaaa saya tak faham ayat awak yang gaji paling besar rm3000 sbb tempat saya stoke take?

      Delete
  17. Hai awak klau full time kerje sebulan je boleh ke sebab ade masalah peribadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak pasti laa.. tapi klau nak pandai2 laa kelentong cakap nk smbung blja ke hahahahaha

      Delete
    2. Kalau nak resign kena bagi notis berhenti 24jam ke sebulan ye?

      Delete
  18. Klau tak ada kad bank lgi boleh dpt keja juga ka or dorang akn minta kita buat kalau dpt kerja tu ?n pasal epf itu macam mna ya.sebab tak pernah keja retail macan tu kat watson.dorang atur ka macam mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Epf majikan yang buatkan. Akaun bank tu nak tak nak kena buat juga. Better buat akaun bank sekarang sebab skrg kena buat appointment tau. Nak book susah sebab takde kosong asyik full je skrg ni.

      Btw klau awak dpt keje watson 3 bln pertama kerja bukan dapat annual leave tau. Takut nanti susah nak cuti. Tu je la risiko nya. Agak menyusahkan dikemudian hati. Kalau awak tak dapat kerja lagi baik buat dari skrg. X kesah laa keje apa pon mmg gaji melalui akaun bank skrg ni 😊

      Delete
  19. hi , waktu interview watsons tu mcm mana ya? soalan2 dia mcm mana? πŸ₯Ί

    ReplyDelete
  20. Saya baru je hampir 2 bulan lebih bekerja dekat guardian. Saya nk berhenti dalam bulan 1 ni tapi tak tahu nak bagi alasan apa.Sebelum ni saya cakap saya tunggu keputusan kemasukan universiti, tapi saya tak dapat pulak. Apa erk alasan yg munasabah untuk berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah rumah..janji kerja yg baru bukan berdekatan dgn guardian

      Delete
  21. Sis, kalau kena keja time cuti awam kan mcm krismas tu, gaji triple tak?

    ReplyDelete
  22. Sis kalau nk berhenti kerja Watsons ni nk bg notis berhenti kerja 24 jam/1minggu/1bulan ?πŸ˜…

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts